Wednesday, August 11, 2010

MUTIARA RAMADHAN

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan
kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun
puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada
sekelian" (Riwayat Muslim)

Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Adalah
Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan,
Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari.
(Riwayat Muttfaq Alaihi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata
dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk
meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu
pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70
bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat,
pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan
dari api neraka"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa,
baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika
menghadap Ilahi"

Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan
sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya
(Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya
saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)

Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari
pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa
orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir"
(Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia
berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya
kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t." (Riwayat
Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu
mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan
kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar
menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha
(perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang
Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya (sebagai
munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)" (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat wanita
lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat
beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok
gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa
yang kering bibirnya diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan
matanya pada hari kiamat" (Riwayat Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba-Ku
yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata
maghrib)" (Riwayat Al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang
amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya" (Riwayat
Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa)
itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat"
(Riwayat Muslim & Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Satu dirham riba yang dimakan oleh
setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah s.w.t.daripada dosanya tiga
puluh enam kali penzinaan" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani dari Abdullah bin
Hanzalah r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang berperang untuk
menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah" (Riwayat Bukhari,
Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari r.a)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang
jirannya tidak aman dari gangguan-gangguannya" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan
sembahyang dan membaca Al-Quran" (Riwayat Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Roh orang mukmin akan tergantung dengan
sebab hutangnya sehinggalah diselesaikan hutang tersebut" (Riwayat
Ahmad,Al-Tarmizi,Ibn Majah & Al-hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika seorang berzina maka keluarlah iman
daripadanya bagaikan payung diatas kepalanya dan bila menghentikannya maka
kembalilah iman kepadanya" (Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka
bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka hendak mengambil wudhu" (Riwayat
Ahmad, Malik & An-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah terlepas
daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa
yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap
baik ataupun diam" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang benar beriman kepada Allah
s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan
baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan
dan tidak membunuhnya hidup-hidup, tidak menghinakannya dan tidak sayang anak
lelakinya melebihi anak perempuan, nescaya akan dimasukkan dia kedalam syurga"
(Riwayat Abu Daud & Al-Hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Berapa banyak jiran yang memegang
tetangganya pada hari kiamat untuk diajukan kepada Allah s.w.t. lalu berkata: Ya
Allah orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku"
(Riwayat Bukhari)

Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Saya tidak pernah melihat
Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan
dan saya juga tidak melihat Baginda s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih banyak
dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Dari Ayub al-Ansari, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jangan kamu mengadap
kiblat dan jangan membelakangi ketika membuang najis atau air kencing, tetapi
hendaklah kamu menhalakan diri kearah timur atau barat" (Riwayat Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Seorang Mukmin melihat dosanya bagaikan
seorang duduk dibawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu" (Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Firman
Allah s.w.t. {Dalam Hadis Qudsi} "Wahai anak Adam belanjakanlah harta kamu,
nescaya akan digantikan semula oleh Allah kepadamu" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Keberkatan sesuatu makanan itu ialah
dengan berwuduk sebelum dan selepas makan" (Riwayat Ahmad, Daud, Al-Tarmizi &
Hakim)

No comments: