Wednesday, August 11, 2010

MUTIARA RAMADHAN 2


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah pada
tiap malam, maka tidak akan menderita kemiskinan untuk selamanya" (Riwayat
Al-Baihaqi dari Ibn Mas'ud r.a)

Dari Anas r.a. katanya bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang
tidur atau terlupa hingga luput sembahyang hendaklah dia menunaikan (sembahyang)
sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar) kembali" (Riwayat Al-Bukhari)

"Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki-lelaki yang
buruk untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki
yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik" (Surah An-Nur : 26)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Pedagang yang amanah, yang jujur, yang
Muslim, kelak pada hari kiamat akan berkumpul dengan para syuhada (orang-orang
yang mati syahid)" (Riwayat Al-Hakim & Ibn Majah dari Ibn Umar r.a)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari
atau malam Jumaat melainkan Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari ujian kubur"
(Riwayat Ahmad & Al-Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila
manusia membaca ayat Syajadah kemudian sujud, terhindarlah syaitan laknatullah
seraya menangis dan berkata,'celakalah aku, disuruh manusia (anak Adam) sujud,
sujudlah dia, balasannya syurga. Saya juga disuruhnya sujud,tetapi saya enggan
maka balasannya bagi saya ialah neraka" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Pilihlah untuk tempat nuthfah kamu atau
air mani kamu, kerana pembuluh darah ini merupakan sinar pancaran" (Riwayat Ibn
Majah dan Ad-Dailami)

"Carilah tempat-tempat yang sepadan untuk air mani kamu kerana seseorang itu
boleh jadi akan lebih menyerupai keluarga pihak isteri" (Mutiara Kata)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk
disegerakan oleh Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan
kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat
Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan seorang Mukmin orang yang kenyang
sedangkan tetangga disebelahnya kelaparan (sedang dia mengetahui)" (Riwayat
Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Kahwinilah wanita-wanita yang berada
didalam lingkup/naungan yang baik kerana pembuluh darah itu laksana cahaya"
(Riwayat Ibn-'Adi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan ialah
puasa dalam bulan Muharam" (Riwayat Muslim, Bukhari, Abu Daud, Tarmizi,Nasai &
Ibn Majah)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang-orang yang
masih berkerabat kerana anak dicipta laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang
jauh dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya" (Riwayat Ahmad, Malik
& Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi
sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur didalam neraka
dapat mengganggu ahli neraka lainnya kerana sangar busuk" (Riwayat Al-Bazzar)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiap mata pasti akan menangis pada hari
kiamat kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga
malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun
sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah s.w.t." (Riwayat Abu Naim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai
pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan (sopan santun)
dan merendah diri" (Riwayat Ad-Dailami)

Usamah bin Zaid r.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Siapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat hingga tiga kali tanpa uzur,maka akan
dicatat dari golongan orang munafik" (Riwayat Al-Tabrani)

Dari Abu Dzar al-Ghifari r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Wahai Abu Dzai, jika engkau hendak berpuasa tiga hari sebulan puasalah pada
13,14 dan 15"(Riwayat Ahmad & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Empat (macam manusia) tidak Allah s.w.t.
masukkan merka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak,
pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan
derhaka pada ibu bapanya" (Riwayat Al-Hakimi)

Dari Abu Qatadah ketika Nabi Muhammad s.a.w tentang hari Asyura bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w menjawab: "Puasa hari Asura boleh menghapuskan dosa satu tahun
yang lalu" (Riwayat Muslim)

Allah s.w.t. berfirman: "Harta dan anak-anak itu perhiasan penghidupan dunia
tetapi amal-amal soleh yang tinggal (buahnya) itu lebih baik disisi Tuhanmu
tentang ganjarannya dan tentang harapannya" (Surah Kahfi:46)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang memelihara sembahyang
lima waktu dengan sempurna wuduknya dan diwaktunya, adalah baginya cahaya dan
tanda pada hari akhirat dan barangsiapa mensia-siakan, nescaya dikumpulkan ia
(kelak dineraka) dengan Firaun dan Hamam" (Riwayat Ahmad)

Allah s.w.t. berfirman: "Dan orang-orang yang berkata'Ya Tuhan, anugerahkan lah
kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)
dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang bertakwa" (Surah Furqan:74)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menajwab
salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan
orang yang bersin" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Setiap isteri yang minta cerai dari
suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya
bau syurga" (Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi)

Dari Ibn Umar r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Ingatlah
tiap sesuatu yang memabukkan itu khamar (arak) dan tiap khamar itu haram"
(Riwayat Ahmad & Abu Ya'la)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang menjadi saksi untuk merugikan
seseorang dengan persaksian yang tidak benar, maka hendaklah menyiapkan
tempatnya dalam neraka" (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang mebuat ibubapanya gembira
(memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa
yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah
s.w.t." (Riwayat Bukhari)

No comments: