Friday, December 10, 2010

Masalah hubungan suami yang meninggal dengan isteri yang masih hidup

Ada hadis yang menerangkan bahawa suami yang mati dalam keadaan beriman dan beramal salih walau pun ia telah meninggal dunia, namun ia tetap mengenang isterinya yang masih hidup dan sentiasa bertanya khabar berita adakah isterinya di dunia berkahwin lain atau tidak? Demikianlah mulianya seorang suami yang mendapat kenikmatan di sisi Allah. Walau pun dilimpahi rahmat di alam kubur, serta bakal mendapat kenikmatan abadi di akhirat termasuklah dikelilingi bidadari namun dia tetap terkenangkan isterinya yang masih hidup di dunia dan sentiasa berharap agar isterinya tidak berkahwin dengan orang lain dan semoga isterinya kelak meninggal dalam keadaan beriman dan beramal soleh supaya isterinya tetap kekal menjadi pasangannya di dunia dan akhirat.

Selain itu, mereka juga dapat bertemu kembali dan bersama dengan orang yang dikasihi seperti ibu bapa, sanak saudara yang beriman dan beramal soleh di akhirat kelak. Kenikmatan ini merupakan kurniaan Allah SWT kepada orang-orang beriman untuk menambahkan lagi kegembiraan mereka dan supaya mereka bertambah syukur

Jika isteri berkahwin lain:
Isteri yang kematian suami kemudian ia berkahwin lain, kemudian ia dan suaminya yang kedua (atau yang terakhir) mati dalam keadaan beriman dan beramal soleh seperti suaminya yang pertama, di hari akhirat kelak dia akan dibangkitkan sebagai isteri kepada suaminya yang terakhir. Menurut huraian sesetengah ulama, kebanyakan isteri rasulullah SAW(kecuali Aisyah ra) masing2 pernah bersuami lain sebelum bernikah dengan Baginda SAW tetapi mereka tetap dibangkitkan sebagai isteri Baginda SAW di akhirat kelak.

Namun menurut pendapat sebahagian lagi ulama, isteri berkenaan pada hari kiamat kelak, akan disuruh memilih di antara suami-suaminya semasa hidup di dunia, mana yang baik akhlaknya dan berlaku baik kepadanya dahulu maka itulah yang menjadi suaminya di akhirat.

1 comment:

Admin said...

Salam .. nice info. Thanks for sharing.

http://hasrulhassan.blogspot.com