Wednesday, August 11, 2010

MUTIARA RAMADHAN

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan
kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun
puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada
sekelian" (Riwayat Muslim)

Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Adalah
Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan,
Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari.
(Riwayat Muttfaq Alaihi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata
dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk
meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu
pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70
bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat,
pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan
dari api neraka"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa,
baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika
menghadap Ilahi"

Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan
sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya
(Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya
saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)

Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari
pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa
orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir"
(Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia
berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya
kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t." (Riwayat
Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu
mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan
kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar
menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha
(perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang
Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya (sebagai
munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)" (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat wanita
lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat
beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok
gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa
yang kering bibirnya diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan
matanya pada hari kiamat" (Riwayat Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba-Ku
yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata
maghrib)" (Riwayat Al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang
amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya" (Riwayat
Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa)
itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat"
(Riwayat Muslim & Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Satu dirham riba yang dimakan oleh
setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah s.w.t.daripada dosanya tiga
puluh enam kali penzinaan" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani dari Abdullah bin
Hanzalah r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang berperang untuk
menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah" (Riwayat Bukhari,
Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari r.a)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang
jirannya tidak aman dari gangguan-gangguannya" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan
sembahyang dan membaca Al-Quran" (Riwayat Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Roh orang mukmin akan tergantung dengan
sebab hutangnya sehinggalah diselesaikan hutang tersebut" (Riwayat
Ahmad,Al-Tarmizi,Ibn Majah & Al-hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika seorang berzina maka keluarlah iman
daripadanya bagaikan payung diatas kepalanya dan bila menghentikannya maka
kembalilah iman kepadanya" (Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka
bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka hendak mengambil wudhu" (Riwayat
Ahmad, Malik & An-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah terlepas
daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa
yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap
baik ataupun diam" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang benar beriman kepada Allah
s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan
baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan
dan tidak membunuhnya hidup-hidup, tidak menghinakannya dan tidak sayang anak
lelakinya melebihi anak perempuan, nescaya akan dimasukkan dia kedalam syurga"
(Riwayat Abu Daud & Al-Hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Berapa banyak jiran yang memegang
tetangganya pada hari kiamat untuk diajukan kepada Allah s.w.t. lalu berkata: Ya
Allah orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku"
(Riwayat Bukhari)

Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Saya tidak pernah melihat
Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan
dan saya juga tidak melihat Baginda s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih banyak
dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Dari Ayub al-Ansari, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jangan kamu mengadap
kiblat dan jangan membelakangi ketika membuang najis atau air kencing, tetapi
hendaklah kamu menhalakan diri kearah timur atau barat" (Riwayat Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Seorang Mukmin melihat dosanya bagaikan
seorang duduk dibawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu" (Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Firman
Allah s.w.t. {Dalam Hadis Qudsi} "Wahai anak Adam belanjakanlah harta kamu,
nescaya akan digantikan semula oleh Allah kepadamu" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Keberkatan sesuatu makanan itu ialah
dengan berwuduk sebelum dan selepas makan" (Riwayat Ahmad, Daud, Al-Tarmizi &
Hakim)

Thursday, August 05, 2010

my cookies









price for 1pcs;
makmur pandan berinti badam 0.40cen
tart nenas gulung 0;40 cen
biskut kacang tanah.0.30cen
almond london 0.50cen
chocolate cornflakes 0.40cen
bebola arap 0.30cen
ulat bulu 0.30 cen

ni untuk sample ja tau...tp ada 3 jenis lagi sya tidak sempat buat..biskut gajus&ice cream..ni pun kira sedap jg..tp x dpt buat sample...
biskut sya nie d sya gunakan butter ja..boleh tahan 3 bulan cam tu..tepung pun sya gunakan yg berkualiti tinggi..that's why a bit expensive hehehe...
apapun kalo mau order sila awal2 sikit k...

Monday, August 02, 2010

biskut raya

esok da start sya buat biskut raya tuk sample...risau jg nie..nervous pon ada jg hehehe;p.arap2 la sedap jg biskut sya hehe;p...
sya mugkin akan buat biskut seperti.almond london.tart nenas,ulat bulu,cornflakes,biskut kacang,bebola arab,n yg paling special ialah makmur pandan berinti badam..jarang2 orang buat..
terus terang sya ckp..biskut sya ni 100% guna butter,biar pun mahal butter tp hasilnya mmg memuaskn..biskut pun bole tahan 3 bulan cam tu..kalo pakai majerin biskut cepat bau hapak...biarlah mahal bahan2 kita pakai spy pelanggan pun puas hati..
nanti kalo sya da buat sample,sya akan upload picture biskut2 sya tu..senang la kalo ada mau order..

Friday, July 30, 2010

buat biskut raya

mulai minggu depan isyaAllah starting sudah buat biskut raya...sya mahu buat sample awal2 supaya dorang bole rasa n tengok apa yg dorang mahu order...ada tempahan baru sya buat..so x rugi kn..nnti buat punya buat teda pl orang beli..rugi nnti hehehe;p..

Tuesday, July 27, 2010

KATA2 TAULADAN..

• kasihanilah musuhmu, berbuat baiklah pada orang yang membenci kamu, mintalah berkat bagi orang yang mengutuk kamu. Berdoalah untuk orang yang mencaci kamu - confusius.

• Belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya, berfikir tanpa belajar adalah berbahaya.

• Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.

• Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.

• Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

•Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.

•Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.

•Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup

•Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.

•Anda cuma bisa hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.

•Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.

•Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi.

•Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.

•Lidah anda yang menentukan siapa anda.

•Diantara isi rumah tangga, anak-anaklah yang terbaik.

•Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.

•Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

•Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman, belum terlambat untuk mencobanya pada hari esok.

•Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya

•Persahabatan sejati layaknya kesehatan, nilainya baru kita sadari setelah kita kehilangannya

•Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya

•Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah

•Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Karena semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat
kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya.

•Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah

•Bila Kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.

•Sekali tidak berhasil bukan berarti gagal selamanya.

•Kebahagiaan takkan pernah bisa dibeli dengan wang.

•Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tentram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk

•Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab, seumpama pahlawan yang tiada senjata.

•Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

•Dinilai daripada adab, dalam masyarakat manusia ada binatang jalang, tetapi dalam masyarakat binatang, tidak ada manusia jalang.

•Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.

•Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.

•Engkau disebut sebagai manusia bukan karena tubuh dan jasadmu tetapi akal dan jiwamu.

•Lindungi kesedihan dengan senyuman meskipun dihati penuh kedukaan kerana itu menunjukkan adanya kesedihan.

•Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri.

Monday, July 26, 2010

5 TARIKAN WANITA MENURUT LELAKI BERIMAN

1. Budi Bahasa Dari Jiwa
Kekuatan wanita ada pada bahasa tubuhnya iaitu tingkah laku, perbuatan zahir atau akhlak yang mulia. Setiap perkataan yang dilafazkan menjadi penilaian. Adakah dia seorang yang sabar, jujur, berpendidikan atau sekurang-kurangnya tahu hal dunia hari ini? Atau adakah dia seorang yang suka berleter, kasar, kurang ilmu dan sebagainya? Semua yang terpacul dari lidah bermuara di hati nurani masing-masing. Wajah ayu yang sedap mata memandang janganlah bertukar pahit apabila terdengar bahasa yang menyakitka
n telinga.

2. Mekap yang Memikat
Jangan salah tafsir tentang mekap! Yang dimaksudkan disini adalah air wuduk untuk pembersih dan penyegar wajah. Untuk pembayang mata dan melentikannya, gunakanlah jenama ‘malu’ agar mata mampu menangkis setiap panahan syahwat. Manakala pemerah bibir yang sesuai adalah kata-kata penuh hikmah yang memikat setiap orang yang mendengar dengan penuh keinsafan. Dijamin lelaki ynag beriman akan meminati wanita sebegini.


3. Busana Taqwa
Para wanita di syurga dihiasi dengan pakaian daripada sutera hijau yang bertahkta permata-permata berkilau. Kerana itulah keindahan wanita diabadikan di dalam Al-Qur’an dengan pakaian dan perhiasannya. Tetapi kegilaan pada fesyen yang mendedahkan aurat wanita pada saat ini amat membimbangkan. Wanita semakin berani mempamerkan segalanya yang boleh menjadi daya tarikan lelaki. Adakah mereka terfikir bahawa lelaki sebenarnya amat kuat cemburu? Mereka yang benar-benar bersungguh ingin menjadikan anda isteri tidak akan berminat dengan jenis wanita yang berpakaian sebegini. Kerana ia menunjukkan kerendahan akhlak dan kemurahan peribadi. Bayangkan barang yang tertutup kemas dan terlindung pasti lebih tinggi nilainya daripada barang yang telah dibuka, dipegang dan dilihat sesuka hati oleh sesiapa jua. Sebenarnya pakaian adalah gambar keperibadiaan yang sesungguhnya dan tersirat tabiat si pemakainya.


4. Suka Dikritik dan Bersikap Terbuka
Menjadi pasangan yang ideal bukannya mudah. Perlukan kesabaran untuk kekal disisinya. Bertanya secara terbuka kepada pasangan anda apa yang dia suka dan apa yang tidak disukainya. Bukan beerti ikut secara total segal kemahuan lelaki. Berikan pertimbangan sewajarnya, buka perbincangan untuk kebaikan bersama. Jangan ego dan cepat berkecil hati. Jadilah sahabat dan kekasih yang memberi kebebasan bagi pasangan anda untuk menyatakan pendapatnya. Di dalam hubungan kasih-sayang, saling mengekspresikan diri sungguh-sungguh menyeronokkan dan tak akan bosan melayan kerenah masing-masing. Sungguh bertuahlah sesiapa yang mendapat pasangan seperti ciri-ciri di atas. Bagi anda yang mahu berubah, tidak ada kata terlambat untuk membaiki diri. Kerana biar bagaimanapun, llelaki tetap memerlukan wanita sebagai penyempurna kebahagiaannya. Tetapi wanita mesti lebih peka terhadap kekurangan-kekurangannya agar ia tetap menjadi pilihan satu-satunya di hati seorang lelaki bernama suami.
Rasulullah SAW bersabda: “wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikannya, nasab keturunannya dan agamanya. Pilihlah wanita kerana agamanya nescaya engkau akan bahagia.”

5. Superwoman
Superwoman digambarkan dengan ciri-ciri seorang yang hebat, berjiwa pahlawan, suka menolong orang dan bukan sebaliknyasuka menyusahkan orang. Begitulah gambaran wanita yang mandiri, tidak bergantung pada belas kasihan sesiapa, mampu menghadapi kesusahan dan cabaran hidup dengan tabah. Bahkan dialah penolong bagi sesiapa yang memerlukan pertolongan. Sebagai kekasih tentunya dia dapat berdiri di sisi pasangannya dengan keberanian menghadapi segala ujian kehidupan. Tidak lemah dan manja, bukan seorang yang pemalas dan cepat putus asa. Begitulah daya tarikan yang lebih tinggi nilainya dari sekadar kecantikan rupa paras muka yang semakin lama semakin pudar di makan usia. Tetapi kekuatan peribadi tidak akan sirna ditelan zaman.

Sunday, July 25, 2010

makan durian






hehehe...makan sorang2 je cek abg nie...cian jg abg aq nie..oleh karena aq x suka bua durian terpaksa la singgah mkn d tanjung lipat..kalo bawak balik umah conform kena marah hehehe....