Monday, November 13, 2006

cinta

Kerana aku mencintaimu,
melebihi seluruh yang ada padaku
Takkan kubiarkan cinta ini layu biar dibakar bahang dan gersang
Di atas segala rasa cinta yang dianugerahkan
Kuangkat cintamu ke atas singggahsana yang tiada duanya
Kita lahir atas dasar cintaKita bertemu kerana cinta
Kita bersama untuk menikmatinya
Cintamu memberi cahaya dan menyuluh segenap maya
Cintamu meninggalkan derita dan mengguris luka
Kerana cinta aku bahagia, dan aku juga derita
Takkan kau temui kalimah cinta seperti ini lagi
Di mana-mana juapun di segenap penjuru alam
Kecuali yang ada di dalam hatiku
Kau pernah menjadi lilin hidupku
Dan, kau jua pernah meracun cintaku
Atas segala rasa cinta yang ada
Aku tak pernah berkata, "Kau penderhaka cinta!"
Aku mencintaimu atas segenap apa yang ada padamu
Atas segala kebaikanmu
Atas segala kekuranganmu
Kerana, itulah kamu yang aku cintaBukan kerana mencintaimu atas apa yang aku ingini
Cinta memang tak mesti bersatuBiar terpisah dibelah tujuh lautan
Biar terhalang merentang tujuh gunungNamun, tetap mampu kusimpul lafaz cinta untukmu
Di langit nan membiru
Cinta ini tak pernah mati
Biar lumat dimamah keji
Cinta ini kan tetap bersemi
Di batas pusara sepi
Tiga kalimah keramat, "Aku Cinta Kamu"Kan menjadi azimat dalam setiap langkahku
Dalam kembara tak berkesudahan
Tiada lelah yang pernah kukeluhkan
Kerana redup cinta ini memayungiku
Dari bahang resah asmara
Dalam pelayaran mencari pelabuhan cintaTak kubiarkan gelombang asmaramu
Melemaskanku
Aku pasrah, tapi bukan menyerah!Andai cinta yang kuburu sekian lamaTak menjanjikan apa-apa
Takdir cinta kita mungkin berbeza
Aku mencari cintaBukan semata-mata ingin mengecap bahagia
Namun, aku mahu merungkai sejuta makna
Di sebalik ungkapan, "Cinta Itu Buta!"Andai... suatu ketika nantiPerjalanan ini terhenti di pelabuhan cinta sepi
Dan cinta yang kucari tiada lagi
Aku mahu kau tahu
Sesungguhnya, selama ini
Aku telahpun bertemu cinta sejati
Cintaku kepada-Nya yang tiada berbelah bagi...

No comments: