Friday, November 24, 2006

adoiiii


adoiii...da beberapa hari badan saya tak berapa sihat,,tak tau nape?badan pun asyik panas2 ja...nak kerja pun susah..da la jauh dari keluarga,,tak tau nk mengaduh kat mana..kalo dekat ngan mama kan best ade jgk tempat bermanja2 n mengaduh dikalah sakit...teringat pula masa kecil2 dulu..dulu mmg saya jenis yg suka pengsan,tak berapa aktik la dalam bidan sukan or perkemahan time sekolah dulu coz bdn tk tahan lasak..berjemur lama2 kat bawah matahari confirm pengsan adoiii,,,makkkkkk.....
apa2 pun sya sentiasa berdoa moga2 cepat sembuh n pulih seperti sedia kalah amin...

Tuesday, November 21, 2006

persahabatan

1. Sahabat Yang Baik Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baik ku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Ku hulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.
2. Mencari Sahabat di Waktu Susah Belum pernah ku temukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda, aku sering bertanya.... siapakah yang sudi menjadi sahabatku. Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
3. Pasang Surut Persahabatan Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, ku dapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkanku, dan jika aku sakit, tak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai
4. Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat Bila tak ku temukan sahabat-sahabat yang taqwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti ku waspadai.
5. Sukarnya Sahabat Sejati Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka, maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Ku tinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku jauhi orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
6. Sahabat Sejati Di Waktu Susah Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tak satu Negara pun yang penduduknya berhati manusia.
7. Rosaknya Keperibadian Seseorang Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.
8. Menghormati Orang Lain Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9. Menghadapi Musuh Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.
10. Tipu Daya Manusia Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.
11. Tempat Menggantungkan Harapan Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya, dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.
12. Menjaga Nama Baik Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu, dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia. Selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

kawan....


kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang....... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit..... kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir..... kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........ kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan.... kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde....... kata aku, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan... tau tak sebab ape??? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku.

LOve Quotes...


"I want someone to love me as much as I love them."
"Be true to love, and love will be true to you."
"I don't need anyone to take advantage of my weaknesses or my strengths, I need someone who will appreciate me for everything that I am."
"Everyone is someone's dream."
"Falling in love is easy, staying in love requires work."
"I wish for you on a falling star, wondering where you are."
"You will love many times but only once you will fall in love."
"When you welcome love with your whole heart, soul and body, love will welcome you with all its sweetness."

uwaaa..sedih giler tk jadi balik kampung


uwaaah....harapan tok balik kampung bulan 12 ini tk jadi kenyataan,cancel lagi..da berapa kali da cancel..adoi... i really2 miss to my parents tp ape nak buat kerja sya yg jadi penghalang lagi..demi mencari reski di kampung orang terpaksa lah berkorban...rindu sangat2 nk menyambut hari raya haji ngan family tp tu semua hanya impian..tp tak per la..harap2 kami semua d panjangkan umur supaya dapat berkumpul mcm tahun2 yg lalu..insyaAllah amin.....
da 5 tahun tk balik kampung tk tau mcm mana nk gambarkan kerinduan pada kedua ibu bapak ku n adik2 serta keluarga2 di kampung....adoi....menitis air mata pula menahan sebak bila teringat mak n bapak d kampung..mesti dia bersedih jg bila tau sya tk jadi balik kampung ...adoi...ku menadah tangan n berdoa moga2 saya dan keluarga dikampung dipanjangkan umur....aminn....

Monday, November 13, 2006

cinta

Kerana aku mencintaimu,
melebihi seluruh yang ada padaku
Takkan kubiarkan cinta ini layu biar dibakar bahang dan gersang
Di atas segala rasa cinta yang dianugerahkan
Kuangkat cintamu ke atas singggahsana yang tiada duanya
Kita lahir atas dasar cintaKita bertemu kerana cinta
Kita bersama untuk menikmatinya
Cintamu memberi cahaya dan menyuluh segenap maya
Cintamu meninggalkan derita dan mengguris luka
Kerana cinta aku bahagia, dan aku juga derita
Takkan kau temui kalimah cinta seperti ini lagi
Di mana-mana juapun di segenap penjuru alam
Kecuali yang ada di dalam hatiku
Kau pernah menjadi lilin hidupku
Dan, kau jua pernah meracun cintaku
Atas segala rasa cinta yang ada
Aku tak pernah berkata, "Kau penderhaka cinta!"
Aku mencintaimu atas segenap apa yang ada padamu
Atas segala kebaikanmu
Atas segala kekuranganmu
Kerana, itulah kamu yang aku cintaBukan kerana mencintaimu atas apa yang aku ingini
Cinta memang tak mesti bersatuBiar terpisah dibelah tujuh lautan
Biar terhalang merentang tujuh gunungNamun, tetap mampu kusimpul lafaz cinta untukmu
Di langit nan membiru
Cinta ini tak pernah mati
Biar lumat dimamah keji
Cinta ini kan tetap bersemi
Di batas pusara sepi
Tiga kalimah keramat, "Aku Cinta Kamu"Kan menjadi azimat dalam setiap langkahku
Dalam kembara tak berkesudahan
Tiada lelah yang pernah kukeluhkan
Kerana redup cinta ini memayungiku
Dari bahang resah asmara
Dalam pelayaran mencari pelabuhan cintaTak kubiarkan gelombang asmaramu
Melemaskanku
Aku pasrah, tapi bukan menyerah!Andai cinta yang kuburu sekian lamaTak menjanjikan apa-apa
Takdir cinta kita mungkin berbeza
Aku mencari cintaBukan semata-mata ingin mengecap bahagia
Namun, aku mahu merungkai sejuta makna
Di sebalik ungkapan, "Cinta Itu Buta!"Andai... suatu ketika nantiPerjalanan ini terhenti di pelabuhan cinta sepi
Dan cinta yang kucari tiada lagi
Aku mahu kau tahu
Sesungguhnya, selama ini
Aku telahpun bertemu cinta sejati
Cintaku kepada-Nya yang tiada berbelah bagi...

Friday, November 10, 2006

i love Him 4eever n ever...!!!!!!















harapan dan impian ku moga2 ikatan kasih sayang di antara kami berdua akan berkekalan hingga ke akhir hayat kami...moga2 kami bahagia buat selama lamanya....insyaAllah...
excited bercampur nervous menunggu hari bahagia ..harap2 dilancarkan segala urusun d hari persandingan kami nnti...
tiada kalimah yg bisa ku ungkapkan selain kata2 kumenyintai nya dengan sepenuh hati jiwa n raga hanya untuk nya.....i love him 4ever n ever..segala pahit manis telah d lalui bersama,kadang2 ditahap yg keritikal namun keutuhan cinta kami akhirnya menyelamatkan berbalahan yg melanda hubungan kami berdua...kesabaran nya melayan kerenah ku membuat aku kagum dengan dia.dia begitu sbar melayan bila sya marah n merajuk,tk pena dia merasa jemu memujuk bila sya marah.sya dapat rasa cinta nya padaku begitu suci n tulus...nyata la sekarang ni hanya Tuhan n nyawa je dapt pisahkan kami....i love u chayangku Liz,no matter what happen,i'm owez by your side and support from behind....hehehe ^_^,


awangku.me and ijam